Monday 16 December 2013

My Second Video in UKM (Flash Mob @ Alamanda Putrajaya)


Saksikan Flash mob daripada Team Alur Ilmu UKM khas di Alamanda Putrajaya! 
Sepanjang pertunjukkan Flash Mob ini kami berjaya menarik ramai pengunjung untuk mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak dalam membawa misi kami memperjuangkansungai yang terdapat di dalam UKM.

Secara umumnya team kami memperjuangkan kesedaran kepada warga UKM secara khusunya dan warga Malaysia secara amnya dalam pentingnya menjaga sungai kita yang semakin tenat akibat pembangunan dan sikap tidak ambil kisah oleh manusia sekeliling. Pendekatan Flash Mob ini digunakan kerana sasaran kami adalah golongan belia yang lebih cenderung dalam bentuk hiburan yang sihat disamping membawa mesej kesedaran pentingnya memperjuangkan kebersihan sungai dan alam sekitar.

Kami berharap dengan adanya aktiviti Flash mob ini akan mendapat penyertaan dari pelbagai pihak khususnya warga UKM untuk kita sama-sama berkempen secara lebih menarik dalam mendekati golongan belia. Oleh demikian sesiapa yang berminat bolehlah menyertai kami kerana kami bakal mengadakan Flash Mob besar-besaran di Alamanda sekali lagi dan di lain tempat dalam mendapatkan lagi tanda sokongan pelbagai pihak.

Alur Ilmu The Heart of UKM 


No comments:

Post a Comment