Wednesday 4 December 2013

Sungai Alur Ilmu The Heart of UKM


This is my very first video for a college project in Kolej Ibu Zain.

Alur Ilmu merupakan nadi dan 'jantung' kepada persekitaran UKM. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Alur Ilmu tidak lagi dilihat sebagai nadi dan 'jantung' UKM. Malah kewujudannya seolah-olah tidak lagi diperdulikan oleh warga kampus. Ini disebabkan keadaan fizikal Alur Ilmu yang tidak memuaskan dan sering tercemar dengan sedimen yang terhakis dari tebing sungai. Ini diburukkan lagi dengan ketiadaan haiwan akuatik dalam Alur Ilmu.

Penganjuran Program "Alur Ilmu the Heart of Universiti Kebangsaan Malaysia" oleh mahasiswa/i dari Kolej ibu Zain dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan pembangunan (LESTARI) UKM serta Ekorelawan UKM dilihat bertepatan dalam menyelesaikan masalah Alur Ilmu. 

Projek ini diharap dapat mengembalikan kesedaran dan kecintaan warga UKM terhadap Alur Ilmu. Disamping itu, ia juga diharapkan dapat mengembalikan semula kecantikan dan keindahan Alur Ilmu agar memperlihatkan keperibadian yang mulia seluruh warga UKM dalam menjaga kelestarian dan kepekaan terhadap keadaan universiti.

No comments:

Post a Comment